Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

MB: Belanjawan 2017 tumpu pembangunan lebih bermanfaat

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 22 OGOS: Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali membayangkan Belanjawan 2017 bakal menumpukan kepada aspek pembangunan yang lebih bermanfaat khususnya buat rakyat serta anak jati Selangor.

Beliau berkata, hasrat itu dijangka mampu direalisasikan dengan kedudukan rizab kewangan negeri itu yang kukuh.

“Tahun hadapan, saya sudah memaklumkan kepada Perbendaharaan dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) bahawa dalam suasana ekonomi hari ini, Kerajaan Negeri bertanggungjawab meringankan bebanan rakyat.

Himpunan-Bulanan-Penjawat-Awam-host-MBSA-MB-Azmin-Bonus-ASRI-5-660x440“Rizab yang kukuh akan kita terjemahkan dalam bentuk pembangunan yang akan terus memberikan manfaat kepada rakyat Selangor,” katanya pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan Selangor dan Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang di Dewan Jubli Perak, di sini, hari ini.

Turut hadir dalam majlis itu adalah Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang, Datuk Mohamad Yasid Bidin; Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh dan Setiausaha Kerajaan Selangor, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya.

Mengikut rekod, Kerajaan Negeri berjaya membentangkan belanjawan berimbang tanpa mengemukakan belanjawan tambahan, sejak tiga tahun lalu.

Selain itu, Kerajaan Selangor juga memperkenalkan konsep meningkatkan belanja pembangunan dan pengurangan belanja pengurusan.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.