Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

MB kayuh basikal 6.5 km santuni rakyat

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 16 OGOS: Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengambil peluang berbasikal selepas mempengerusikan Sidang Meja Bulat Belanjawan 2017, di sini, petang semalam.

Kayuhan santai itu bermula dari Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) hingga kediaman rasminya di Seksyen 7, dengan anggaran sejauh 6.5 kilometer (km).

Ia turut disertai Setiausaha Politiknya, Shuhaimi Shafiei dan Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amiruddin Shari juga Exco Pelaburan, Perindustrian IKS, Perdagangan dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim.

Turut serta, Ketua Pegawai Eksekutif Central Spectrum, Mahmud Abbas dan 40 ahli Kelab Basikal Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Unit Renjer Taman MBSA dan kakitangan Central Spectrum.

Pada masa sama, Mohamed Azmin juga sempat beramah mesra dengan pemain The Red Giants yang sedang menjalani latihan di Padang Bola SUK.

Kayuhan itu melalui Persiaran Bandaraya, Damai, Masjid, Kayangan, Raja Muda dan Dato’ Menteri.

Perlepasan Kayuhan Santai itu dilakukan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamad Amin Ahya; Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Nordin Sulaiman dan Timbalan Datuk Bandar MBSA, Shukri Mohamad Hamin.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.