Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

MB: Kecemerlangan Selangor jadi contoh negeri lain

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 3 OGOS: Kejayaan dan kecemerlangan Selangor menjadikannya negeri contoh (examplary state) kepada negeri lain di Malaysia.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata sikap profesionalisme, dedikasi, kegigihan dan semangat berpasukan pihak eksekutif dan penjawat awam menjadi resepi pencapaian itu.

Katanya, ia turut dibantu dengan nilai integriti dalam perkhidmatan awam negeri.

“Ada pihak yang cuba ‘undermine’ negeri ini dengan segala fitnah dan tohmahan tetapi anda buktikan kata-kata mereka itu tidak benar dan silap.

“Kita bergerak bersama memastikan pertumbuhan ekonomi mampan, pelaburan bernilai tinggi, menjamin keadilan sosial dalam memelihara kesejahteraan dan kemakmuran rakyat,” katanya.

IMG_8103Beliau berucap ketika Majlis Jamuan Hari Raya bersama Penjawat Awam di Dataran SUK di sini, hari ini.

Turut diadakan Majlis Penghargaan kepada Kontinjen SUKMA XVIII 2016 Negeri Selangor.

Mohamed Azmin turut menyampaikan insentif wang tunai kepada setiap atlet yang berjaya mendapatkan pingat emas.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.