Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

MB: Komited lahirkan graduan kemahiran teknikal & vokasional

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 16 OGOS: Kerajaan Negeri komited meningkatkan jumlah graduan kemahiran teknikal dan vokasional bagi memenuhi pasaran berteknologi tinggi.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata Kerajaan Negeri dalam usaha melakukan lonjakan paradigma ke arah perindustrian berteknologi tinggi.

“Universiti Selangor (UNISEL), Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dan Inpens memainkan peranan yang penting menyediakan modal insan mempunyai kemahiran dalam teknologi dan vokasional supaya mereka juga mendapat tempat seperti di industri aeroangkasa.

“Dengan tercapainya hasrat itu, Selangor dapat mencipta nilai baru ekonomi disamping melonjakkan lagi pertumbuhan ekonomi dalam negeri,” katanya kepada SelangorKini selepas perbincangan meja bulat Belanjawan 2017 di Shah Alam Convention Center (SACC), di sini hari ini.

Kampus-UNISEL-604x270Katanya, Kerajaan Negeri juga masih dalam perbincangan untuk mewujudkan kerjasama diantara UNISEL dan pihak industri untuk mengenal pasti keperluan tenaga kerja di pasaran.

“Pihak UNISEL menjadi pembekal kepada graduan yang diperlukan di pasaran kerana jika kekurangan jurutera, UNISEL menjadi peranan melahirkan graduan dalam bidang diperlukan,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.