Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

MB: Optimis tiada belanjawan tambahan

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 15 OGOS: Kerajaan Negeri optimis tidak akan membentangkan belanjawan tambahan dengan mewujudkan perancangan strategik dan unjuran tepat.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata perancangan tersebut demi memastikan prestasi kewangan negeri dibelanjakan secara berhemah tanpa berlakunya defisit.

“Kita tidak mahu membentangkan belanjawan berimbang pada bulan Oktober untuk mendapatkan persepsi positif semata-mata.

IMG_20160815_092410-1280x1022“Tetapi komitmen kita untuk tidak membentangkan belanjawan tambahan yang menyebabkan belanjawan sebenar (2017) menjadi defisit,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi perbincangan meja bulat Belanjawan 2017 bersama tokoh profesional, wakil industri dan pembuat dasar di Shah Alam Convention Centre SACC, di sini, hari ini.

Untuk tahun lalu, Kerajaan Negeri berjaya menurunkan belanja mengurus dan meningkatkan belanja pembangunan secara konsisten.

Perancangan tersebut sekali gus dianggap ‘cubaan’ berani Mohamed Azmin memastikan kesan gandaan daripada aktiviti pembangunan positif di Selangor.

Sepanjang pentadbiran Mohamed Azmin, Kerajaan Negeri tidak pernah mengumumkan bajet tambahan berbanding Persekutuan di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang membuat ‘pengubahsuaian’ bajet 2016 lalu.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.