Categories
SELANGOR

MB: Pengurusan sampah tidak dimonopoli model terbaik

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 3 OGOS: Model pengurusan pembersihan sisa pepejal tanpa syarikat monopoli diyakini tepat dan terbaik bagi menyelesaikan isu kutipan sampah.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata sistem monopoli terbukti mewujudkan persaingan kurang sihat kuasa manipulasi oleh pihak kontraktor.

“Kita ada mekanisme dan skim pembersihan yang kita jalankan dan percaya ia boleh ditangani.

“Untuk lebih adil kepada Hebat Abadi Sdn Bhd dan pihak berkausa tempatan (PBT), masalah ini ditangani lebih baik sejak beberapa tahun lalu selepas mengambil alih kontrak daripada Alam Flora,” katanya kepada pemberita.

Beliau ditemui selesai Majlis Jamuan Hari Raya Menteri Besar bersama Penjawat Awam di Dataran SUK di sini, hari ini.

Anak syarikat Kumpulan Darul Ehsan Berhad, KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM) mula mengambil alih pengurusan sampah di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Klang (MPK) sejak Julai lalu.

Sebagai ‘project management company’ (PMC), KDEBWM melantik 60 sub-kontraktor untuk seluruh Klang.

“Kita mahu syarikat yang diberi tanggungjawab ini bersaing secara kompetitif dan ada kemampuan mengurus hal sampah secara efektif.

“Inilah agenda utama Kerajaan Negeri,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.