Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

MB: Rundingan penstrukturan air SPLASH belum dimuktamad

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 1 OGOS: Rundingan dalam isu penstrukturan air bersama Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) masih belum dimuktamadkan.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata rundingan terbabit masih berjalan bagi memperincikan beberapa perkara agar tidak membebankan rakyat kemudian.

“Rundingan ini masih berjalan dan ia bertepatan dengan tempoh ditetapkan sebelum ini. Ada beberapa perkara sedang diteliti dan terma komersial yang tidak membebani rakyat.

“Rundingan bersama Kerajaan Pusat juga dilakukan supaya Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) mampu untuk mengambil alih,” kata Mohamed Azmin (KEADILAN- Bukit Antarabangsa) menjawab pertanyaan Datuk Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang), di Sidang Dewan Negeri (DNS), di sini.

CP2A8552-800x533Mohamed Azmin menjelaskan rundingan terbabit masih mengikut perjanjian utama yang digariskan dan diberi tempoh untuk diselesaikan pada Oktober depan.

Terdahulu, Mohamed Azmin menafikan dakwaan bahawa Kerajaan Negeri memberi layanan istimewa kepada syarikat itu.

Rundingan antara Kerajaan Negeri dan SPLASH juga bermula pada awal tahun lalu dan Kerajaan Negeri menawarkan RM250 juta kepada SPLASH namun jumlah tersebut ditolak syarikat berkenaan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.