Categories
SELANGOR

MB: Sedia bekerjasama, bersikap terbuka isu Paya Indah Wetlands

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 3 OGOS: Kerajaan Negeri sentiasa bersikap terbuka ke atas mana-mana tuduhan dilemparkan, kata Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Menteri Besar itu berkata, pentadbiran yang diterajuinya juga tidak pernah mencuba menutup sebarang tuduhan dan sedia memberikan kerjasama.

Katanya, mereka yang membuat tuduhan juga bebas membuat laporan kepada pihak bertanggungjawab untuk tindakan.

“Perkara ini sudah dijelaskan dan kalau ada maklumat tambahan kita akan beri penjelasan.

Azmin“Tetapi setakat semalam Exco sudah dapatkan maklumat daripada Pejabat Daerah dan Tanah dan penjelasannya cukup komprehensif,” katanya kepada pemberita.

Beliau ditemui sejurus selesai Majlis Jamuan Hari Raya bersama Penjawat Awam di Dataran SUK di sini, hari ini.

Semalam, Exco Negeri, Elizabeth Wong menegaskan tiada sebarang pengezonan kegunaan tanah Lot 4827 dan Lot 3974 milik Paya Indah Wetlands dilakukan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.