Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

MB: Serah notis 5A kepada penduduk, Kerajaan Negeri teruskan program pembangunan

OLEH HAFIZAN TAIB

KUALA SELANGOR, 19 OGOS: Kerajaan Negeri meneruskan program pembangunan di Kampung Sungai Yu, di sini, dengan proses penyerahan notis 5A dibuat secara terus kepada penduduk kampung berkenaan.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata Kerajaan Negeri berjaya mengatasi masalah pemilikan tanah dihadapi penduduk di kawasan itu selama ini dengan pendekatan berkenaan.

“Ini adalah program pembangunan dan penempatan Kampung Sungai Yu yang menghadapi masalah puluhan tahun yang tidak dapat diselesaikan.

Azmin 5A2“Sebelum ini Kerajaan Negeri (terdahulu) menyerahkan kepada pemaju bagi membangunkan tanah dan menyediakan rumah tetapi program itu gagal.

“Kita berharap dapat mewujudkan sebuah penempatan yang tersusun dengan infrastruktur baik di kampung ini,” katanya kepada media selepas majlis penyerahan surat kelulusan dan notis 5A di Dewan Serbaguna Haji Omar, di sini, hari ini.

Dalam majlis itu, Mohamed Azmin menyerahkan notis berkenaan kepada 175 penduduk di situ.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri membuat keputusan itu selepas mempertimbangkan permohonan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor, April lalu, bagi penyelesaian masalah berkenaan.

“Ia juga adalah antara program Kerajaan Negeri bagi membawa pembangunan ke kawasan desa kerana kita tidak mahu ia tertumpu di bandar sahaja.

“Ia perlu dilakukan di daerah lain Juga di daekerana pembangunan moden amat penting supaya rakyat dapat menikmati kemakmuran,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.