Categories
SELANGOR

MBPJ gempur kawasan hotspot denggi

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 6 OGOS: Sebanyak 54 kompaun, satu notis dan dua tapak binaan ditutup oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) hasil operasi denggi besar-besaran baru-baru ini.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohd Azizi Mohd Zain, berkata operasi selama lima hari itu membabitkan 16 kawasan hotspot.

Katanya, ia turut membabitkan 1,678 buah rumah diperiksa, 144 tempat didapati terdapat pembiakan.

“Pada 18 hingga 22 Julai lalu, Jabatan Kesihatan menggerakkan seluruh anggota kakitangan dari unit lain membantu kawalan kes denggi.

“20 kawasan hotspot dikenal pasti dan operasi besar-besaran ini akan berlangsung selama sebulan,” katanya ketika ditemui.

Sehingga 22 Julai, Malaysia mencatatkan kes denggi sebanyak 62,966 dengan 134 kematian.

Selangor mencatat sejumlah 33,883 kes dengan 50 kematian, manakala kawasan pentadbiran MBPJ sebanyak 3,452 kes dengan tiga kematian direkodkan.

Kes denggi sehingga 23 Julai menunjukkan penurunan kes sebanyak 36 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2015.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.