Categories
SELANGOR

MBPJ naik taraf taman jadi padang cergas

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 14 OGOS: Sejumlah RM127,000 diperuntuk Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bagi menaik taraf taman kepada padang cergas di SS20/12.

Ahli Dewan Negeri (ADN), Yeo Bee Yin, berkata inisiatif itu seharusnya diperluas di taman lain sekitar Petaling Jaya.

“Kemudahan seperti ini juga perlu dijaga dan diselenggara dengan baik.

“Saya setuju sekiranya peruntukan MBPJ untuk tahun selanjutnya ditingkatkan lagi untuk inisiatif sebegini,” katanya kepada SelangorKini.

Pada 11 Ogos lalu, Bee Yin turun melawat kerja naik taraf berkenaan yang turut disertai wakil Jabatan Landskap MBPJ dan kontraktor.

Penaiktarafan Taman ke Padang Cergas di SS20 (1)Beliau berkata, projek berkenaan bermula Jun lalu dan dijangka siap sepenuhnya pada hujung Ogos ini.

Antara kerja dijalankan termasuk membina alatan senaman, ‘seatwall’, pemasangan lampu dan sistem saliran modular tank serta membaiki laluan pejalan kaki.

Turut dilakukan kerja membina tangga konkrit, mengganti peralatan permainan, membina tapak tong sampah serta penanaman rumput.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.