Categories
SELANGOR

MBSA beri pendedahan kawalan denggi & urus sampah

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 3 OGOS: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengambil inisiatif memberikan pendedahan menyeluruh mengenai kawalan demam denggi, pengurusan dan penyelenggaraan sampah kepada pengurusan bangunan berstrata di kawasan pentadbirannya.

Datuk Bandarnya, Dato’ Ahmad Zaharin Mohd Saad, berkata pendedahan itu penting kerana pembangunan perbandaran semakin pesat sekaligus memberi kesan ke atas kadar peningkatan demam denggi.

“Melalui program ini, setiap zon MPP menubuhkan jawatankuasa bertindak melaksanakan termasuk memberi peringatan kepada penduduk supaya menjalankan pemeriksaan di rumah masing-masing selama 10 minit untuk kesan dan membunuh tempat pembiakan nyamuk.

“Kita juga memberi pendedahan mengenai program pengasingan sampah dan penguatkuasaan Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757),” katanya selepas perasmian seminat pengurusan strata di Dewan Banquet MBSA, di sini.

MBSA ZaharinZaharin mahu pihak JMB dan MC mengerakkan aktiviti di kawasan perumahan masing-masing untuk menjayakan program SEDA-10 (Search and Destroy) yang dilancarkan oleh MBSA.

“Terdapat enam hot spot antaranya Seksyen 15,16,7,9, U2 dan U5 mencatatkan kes tertinggi di kawasan flet dan apartmen,” katanya.

Bagi 2016, sebanyak 175 kawasan pemajuan berstrata di bawah Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan sebanyak 194 kawasan pemajuan di bawah Perbadanan Pengurusan (MC), menjadikan keseluruhan sebanyak 76,886 unit/petak.

Untuk rekod, sebanyak 76 kes demam denggi dilaporkan pada minggu epid ke 30 berbanding minggu sebelumnya sebanyak 107 kes.

Manakala, dari Januari hingga kini, kes denggi di kawasan perumahan flet dan apartmen mencatatkan 2,334 kes termasuk denggi berdarah.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.