Categories
SELANGOR

MPAJ ke arah bandar rendah karbon

OLEH SYASYA SUFIAN

AMPANG, 30 OGOS: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) ketiga terpilih menjayakan bandar rendah karbon bersama ‘Carbon Trust’ daripada United Kingdom.

Yand Dipertuanya, Abd Hamid Hussain berkata, inisiatif itu dizahirkan menerusi pemasangan empat pengecas kenderaan elektrik di kawasan seliaannya.

Katanya, ia bertujuan menggalakkan masyarakat menggunakan kenderaan elektrik di kawasan MPAJ di samping mengurangkan karbon secara holistik.

“Empat lokasi terpilih itu adalah di Menara MPAJ, Masjid Al Azim Pandan Indah, Destar Arena dan Zoo Negera.

“Amalan gaya hidup rendah karbon ini bukan sahaja boleh mengatasi masalah kekurangan sumber, malahan mampu memelihara alam sekitar, meningkatkan kesihatan awam, keselamatan juga kebajikan umum penduduk,” katanya sewaktu Majlis Pelancaran Inisiatif Hijau di Menara MPAJ, di sini, hari ini.

Pada masa sama, Hamid berkata, terdapat 53 unit pengecas kenderaan elektrik dipasang di 41 lokasi di seluruh Selangor sehingga kini.

“Orang awam yang memiliki kenderaan elektrik boleh memuat turun aplikasi ‘Chargev’ di Appstore dan Googleplay bagi mendapatkan lokasi terkini rangkaian pengecas kenderaan,” katanya.

Majlis sama turut menyaksikan MPAJ melancarkan pengumpulan minyak masak terpakai dan pameran inisiatif hijau menggalakkan penggunaan bekas styrofoam.

-AA-