Categories
SELANGOR

MPSJ keluar 142 notis, 10 sitaan kenderaan tangani sampah haram

OLEH LIZAWATI MADFA

SUBANG JAYA, 28 OGOS: Sebanyak 142 Notis Tawaran Kompaun (NTK) dikeluarkan dan 10 sitaan kenderaan dilakukan, setakat Julai 2016 oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)

Yang DiPertua MPSJ , Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, berkata kesemua tindakan itu dilakukan bagi penguatkuasaan sampah haram di kawasan pentadbirannya.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 37 NTK dikeluarkan di bawah Seksyen 4 iaitu kesalahan membuang apa-apa sampah di tempat awam.

“Manakala 65 NTK dikeluarkan di bawah Seksyen 6 bagi kesalahan tidak menyediakan tong sampah di premis perniagaan.

“Sementara, 40 NTK lagi dikeluarkan di bawah Seksyen 12 bagi kesalahan membuang buangan perindustrian dan buangan dagangan,” katanya.

Beliau berkata, kesemua NTK dikeluarkan di bawah Undang-undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah (UUK PPS) MPSJ 2007.

EZY