Categories
SELANGOR

MPSJ terima anugerah Green World Ambassador 2016

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 10 OGOS: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sekali lagi berjaya merangkul anugerah Antarabangsa iaitu yang dianugerahkan The Green Organisation di The Crystal, Royal Victoria Docks, London pada 8 Ogos lalu.

Yang Dipertua MPSJ, Dato’ Nor Hisham Ahmad Dahlan, berkata penganugerahan itu diterima atas komitmen MPSJ yang terus konsisten melaksanakan pelbagai inisiatif dalam mewujudkan perbandaran mampan.

“Penganugerahan ini turut menyumbang kepada pengukuhan prestij MPSJ seiring dengan pembangunan Pelan Strategik MPSJ 2012-2030 dalam usaha meningkatkan produktiviti dan kualiti sekaligus menaikkan prestij MPSJ dan Kerajaan Selangor di persada antarabangsa.

“Selain itu, MPSJ juga menggiatkan semula 22 duta Green Ambassador MPSJ yang terdiri daripada pegawai-pegawai MPSJ bagi menyampaikan mesej hijau kepada komuniti,” katanya.

MPSJ anugerahBeliau berkata demikian ketika majlis Pemasangan Bendera Jalur Gemilang Sempena Hari Kebangsaan, di Kompleks Arena MPSJ, di sini, pagi tadi.

Sebelum ini, MPSJ meraih enam penganugerahan ‘Green Award’ di peringkat antarabangsa sejak 2014 lagi.

Antara anugerahnya adalah Green Apple Award 2014 bertempat di Palace of Westminster, London, Green World Ambassador 2015. Leicester Square, London, The Green Era Award 2016, Berlin, German dan Smart City Innovative Applications Award 2016 di Taiwan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.