Categories
SELANGOR

MPSJ tunda kenderaan buruk

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 13 OGOS: 100 buah kenderaan buruk yang ditinggalkan di kawasan Taman Perindustrian Maju Jaya Batu 14 ditunda Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Menurut laman Facebook MPSJ, pemeriksaan mendapati kebanyakan kenderaan ditinggalkan di tepi jalan ekoran pemilik tidak mampu membayar ansuran bank atau menampung kos pembaikian kereta yang rosak.

“Pemilik kenderaan dikehendaki mengambil semula kenderaan mereka dalam tempoh 30 hari daripada tarikh notis ini kerana selepas tamat tempoh, kenderaan itu akan dilupuskan.

“Pemilik juga perlu membawa kad pendaftaran atau lain-lain dokumen yang sah sebagai bukti bahawa kenderaan itu adalah milik masing-masing,” katanya.

Pemilik boleh menghubungi MPSJ di talian 03- 80681240 atau datang terus ke Pejabat Cawangan Puchong, Jalan Utama 2/5, Taman Perindustrian Maju Jaya Batu 14, 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.