Categories
SELANGOR

Noh Omar, mana hospital kedua Tanjong Karang?

OLEH LIZAWATI MADFA

SABAK BERNAM, 12 OGOS: Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar diingatkan untuk tidak terlalu ghairah menyerang Selangor.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Sekinchan, Ng Suee Lim, berkata Noh sepatutnya tunaikan janji pembinaan hospital kedua Tanjong Karang.

“Jangan terlalu ghairah serang Selangor, sila cermin diri dahulu.

“Selama empat penggal bergelar Ahli Parlimen Tanjong Karang, sekarang tolong jawab bagaimana janji hospital itu.

“Sampai hari ini semak samun sahaja di situ. Jawab ini dahulu, baru buka cerita pasal Selangor,” katanya kepada Selangor Kini.

Pada 18 Februari 2013, Noh mengumumkan hospital berkenaan akan dibina di Sungai Terap, Kuala Selangor di atas tanah seluas 16 hektar.

Ng Suee LimKatanya, Projek pembinaan akan dilakukan secepat mungkin selepas mendapat kelulusan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan akan dimulakan dengan upacara pecah tanah.

“Dia baru sahaja naik jadi Menteri semula, lebih baik tunjuk keikhlasan berkhidmat untuk rakyat daripada sibuk bercakap.

“Dia cuba mendapatkan keyakinan orang ramai tetapi rakyat Selangor sudah masak dengan perwatakan Noh Omar,” katanya.

Sebelum ini, Noh mendakwa Kerajaan Negeri gagal menguruskan PPR Lembah Subang sehingga menimbulkan pelbagai masalah dan menyusahkan penduduk.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.