Categories
SELANGOR

273 syarikat dilantik kutip sampah

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 2 OGOS: Sebanyak 273 syarikat kutipan sampah dilantik 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor, manakala 4,254 tan metrik sampah dikutip setiap hari di semua kawasan.

eanyongExco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah, berkata Majlis Bandaraya Shah Alam mempunyai bilangan syarikat konsesi tertinggi iaitu 53.

Katanya, Majlis Perbandaran Subang Jaya pula 47 syarikat diikuti Majlis Bandaraya Petaling Jaya (38) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (36).

“Bagi Majlis Perbandaran Selayang pula 31 syarikat, Majlis Daerah Hulu Selangor (17), Majlis Daerah Kuala Langat (10) dan Majlis Perbandaran Sepang dan Majlis Perbandaran Kajang masing-masing 14.

“Sementara itu, Majlis Daerah Kuala Selangor pula sembilan, Majlis Daerah Sabak Bernam (3) dan Majlis Perbandaran Klang hanya satu syarikat sahaja,” katanya di Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan lisan Ahli Dewan Negeri (ADN) Tanjung Sepat, Mohd Haslin Hassan berhubung syarikat konsesi kutipan sampah di Selangor.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.