Categories
NASIONAL

Olimpik: ‘The Pocket Rocket Man’ mahu MB Terengganu buka mata

SHAH ALAM 17 OGOS: Pakar keirin negara, Azizulhasni Awang mahu Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman dan pihak berkaitan membuka mata dengan kejayaannya diperingkat Olimpik.

Beliau melakar sejarah menjadi pelumba basikal pertama negara memenangi pingat dalam Sukan Olimpik apabila meraih gangsa di Velodrom Olimpik Rio.

“Saya dan Fatehah masih ingin mengucapkan terima kasih walaupun Datuk MB tidak berkenan untuk membantu saya dan Fatehah dua anak jati Negeri Terengganu yang berjuang di peringkat Dunia dan Olimpik ini.

“Terima kasih kerana tidak sudi membelikan sebuah basikal ‘RoadBike’ untuk kegunaan kami dalam persiapan Sukan Olimpik walaupun sudah dihantar proposal (cadangan) lebih kurang setahun sebelum Sukan Olimpik Rio,” kata Azizul dipetik dilaman facebooknya Azizulhasni Awang.

Katanya beliau ‘berterima kasih’ juga kerana Menteri Besar tidak memberikan maklum balas dan membisu apabila pengurusnya menghubungi beliau.

CqBaIQpUEAAsovL“Untuk pengetahuan Datuk MB, Saya dan Fatehah atlet bertaraf Dunia dan Olimpik ini sentiasa terlepas pandang oleh Datuk MB. Mungkin ianya adalah kerana faktor yang kami berlatih di luar negara.

“Diharap Datuk MB dapat mengambil semua ini sebagai suatu yang positif dan diharap semua ini akan membuka mata Datuk MB dan orang-orang yang sepatutnya memainkan peranan,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Razif berkata Kerajaan Terengganu akan menyediakan insentif khas kepada untuk Azizulhasni atas kejayaan itu.

Katanya, kejayaan itu amat membanggakan dan sangat bermakna bagi Terengganu kerana anak jati Dungun itu mampu seiring dengan jaguh dunia.

Azizul FB

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.