Categories
NASIONAL

Pakatan Harapan sokong Program #TangkapMO1

SHAH ALAM 23 OGOS: Majlis Presiden Pakatan Harapan (Pakatan) menyokong program #TangkapMO1 anjuran anak muda dan mahasiswa yang bakal berlangsung pada 27 Ogos di Kuala Lumpur.

Pakatan menggesa agar seluruh rakyat yang cintakan keadilan dan kebenaran turut turun beramai-ramai untuk menyokong program itu.

“Kami yakin dan percaya usaha anak muda dan mahasiswa ini mendatangkan hasil positif dalam menyelesaikan misteri “Malaysian Official 1″,” kata kenyataan media bersama pimpinan Pakatan.

Kenyataan media bersama itu dikeluarkan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Pemangku Pengerusi Kebangsaan DAP, Tan Kok Wai dan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu.

Majlis Presiden Pakatan Harapan juga membantah tindakan intimidasi dan menakut-nakutkan oleh pihak berkuasa terhadap penganjur dan penyokong program itu, termasuk tindakan reman tiga hari ke atas tiga aktivis mahasiswa yang membuat roadshow #TangkapMO1.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.