Categories
SELANGOR

Pameran Graphist: Hayati kerja seni ‘Orang Grafik’

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 13 OGOS : Pameran Graphist Graphic Tuns Artist mewujudkan kepelbagaian aspek seni melangkaui idealogi terhasil daripada pemikiran pereka grafik

Profesor Dr Muliyadi Mahamood dari Jabatan Pengajian Budaya Visual Fakulti Seni Lukis & Seni Reka UiTM, berkata pameran seumpamanya mewujudkan transisi berbeza seni lukis berdasarkan sudut pandang pelukis terhadap karya mereka.

“Pameran ini memberi peluang khalayak untuk menghayati kerja seni ‘Orang Grafik’ yang berkecimpung dalam seni catan, fotografi dan lukisan.

“Pameran ini sekali gus menunjukkan keprihatinan pelukis terhadap isu-isu berkaitan warisan dan wawasan, mengimbau nostalgia dan kenangan.

“Ia turut mencerminkan kesungguhan dan ketrampilan seni yang bersifat sistematik, kemas dan terancang,” katanya dalam kenyataan.

Pameran tersebut diadakan bermula 18 Julai lalu hingga 26 Ogos ini di Galeri Seni Shah Alam.

Penganjurannya turut menyediakan pelbagai jenis seni lukis dan fotografi dengan figura latar belakang masyarakat Malaysia.

Muliyadi berkata, keunikan ini sekali gus mewujudkan elemen harmoni untuk menghubungkan karya seni sebagai imej kepada kepelbagaian rupa dan makna seni yang wujud dalam negara.

Sementara itu, bekas Dekan Pengajian Seni Lukis dan Seni Reka, Profesor Dato’ Raja Zahabuddin Raja Yaacob, berkata keistimewaan hasil seni dihasilkan penulis menekankan unsur tipografi dan ilustari.

Katanya, elemen tersebut dipengaruhi aspek latar belakang grafik secara jelas yang dianggap ‘bersemadi’ dalam diri setiap pelukis.

“Istimewanya unsur dipersembahkan dalam pameran ini masih mengekalkan nilai seni reka grafik yang tetap diselitkan dalam setiap karya pelukis.

“Namun saya percaya, idea ini menjadi pencetus melahirkan karyawan seni lukis dan seni reka di negara ini,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.