Categories
SELANGOR

Pameran ‘Graphist’ singkap kreativiti seni lukis pereka grafik

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 12 OGOS : Pameran Seni Graphist – Graphic Turns Artist menonjolkan kreativiti pelukis dari latar belakang grafik dengan karya seni masing-masing.

Fokus penganjurannya, mengetengahkan pelukis yang bukan dari latar belakang atau mempunyai pengajian ilmiah secara spesifik terhadap seni lukis.

Pengarah Galeri Seni Shah Alam, Mohd Said bin Abu, berkata pemilihan pelukis dibuat berdasarkan pencapaian dan kemahiran seni lukis yang dihasilkan mengikut kepelbagaian kreativiti.

“Kesemua pelukis mempunyai latar belakang masing-masing, namun penganugerahan ilham kreatif mendorong mereka untuk menceburi bentuk bidang ‘seni’ (lukis) selain daripada pengkhususan masing-masing.

“13 pelukis ini merupakan graduan seni grafik yang mempunyai nama dalam arena seni visual Negara dengan pelbagai gaya, media, isme, bidang dan cita rasa.

GRAPHIST - 1“Saya percaya pameran ini pasti memberi hidangan halwa mata yang menyegarkan buat khalayak untuk menyaksikan pameran ini kelak,” katanya pada sesi pameran, di sini.

Bertempat di Galeri Seni Shah Alam, pameran dibuka bermula 18 Julai hingga 26 0gos itu dibuka secara percuma kepada orang awam.

Antara pelukis terlibat termasuklah, Hashim Hassan, Prof Raja Dato’Zahabuddin Raja Yaacob, Ali Akbar Othman, Ahmad Zaki Anwar, Anuar Dan, Azrin Mohd dan Che Ahmad Azhar.

Ia turut disertai Fauzi Ab. Rahim, Hamdan Omar, Kamaruzali Ibrahim, Mohd Amiruddin Rasid, Razak Abdullah,Tengku Asri Tengku Abdullah, Wan Ahmad Ngah dan Zaim Durulaman.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.