Categories
SELANGOR

Pantauan berterusan, kes denggi menurun

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 10 OGOS: Statistik kes demam denggi di Selangor menunjukkan penurunan selepas musim perayaan yang pada awalnya membimbangkan.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata jumlah kumulatif bagi minggu epid ke-31 iaitu 6 Ogos menunjukkan penurunan sebanyak 851 kes berbanding minggu epid ke-30 sebanyak 872 kes.

“Hasil pantauan berterusan dari Jabatan Kesihatan Negeri Selangor menangani isu wabak denggi, ia menunjukkan penurunan.

“Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri terus komited dan memantau supaya ia terus menurun ke minggu akan datang,” katanya dalam kenyataan.

Petaling menunjukkan kes demam denggi tertinggi sebanyak 338 kes dan kumulatif kematian seramai 19 orang, diikuti Hulu Langat sebanyak 230 kes juga mencatatkan kumulatif kematian seramai 19 orang.

DENGGI-GRAFIKDaerah lain juga mencatatkan penurunan antaranya Gombak (108 kes), Sepang (24 kes), Kuala Langat (9 kes) dan Kuala Selangor kekal tujuh kes.

Manakala dua buah daerah mencatatkan peningkatan iaitu Klang sebanyak 107 kes berbanding epid ke-30 sebanyak 70 kes.

Sementara itu, Hulu Selangor juga mencatatkan peningkatan sebanyak 28 kes berbanding epid ke-30 hanya 19 kes.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.