Categories
SELANGOR

Paya Indah Wetlands kekal terpelihara

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 17 OGOS: Kerajaan Negeri prihatin untuk menjaga status Paya Indah Wetland (PIW) yang berkeluasan 450.76 ekar yang diwartakan Jabatan Perhilitan sejak 1998 sebagai Rizab Tanah Paya.

PIW yang membabitkan Lot 4827 dan Lot 3974 diwartakan di bawah Kanun Tanah Negara dikekalkan bagi menjaga statusnya sebagai pusat tarikan pelancongan melalui ekopelancongan di negeri itu.

Exco Pelancongan, Teknologi Hijau, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong, berkata sehingga kini tanah yang diwartakan sebagai PIW masih kekal terpelihara dan tidak ada sebarang permohonan tukar syarat guna dilaporkan.

Bahkan, hidupan liar seperti badak dan buaya juga masih kedapatan di situ.

Manakala, katanya, tanah milik sekitarnya adalah milik persendirian boleh dibangunkan jika syarat ditetapkan PBN dan Pihak Berkuasa Perancang selaras dengan peruntukan undang-undang dipatuhi.

Elizabeth menegaskan tuduhan liar dikeluarkan baru baru ini tidak berasas dan mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dalam isu terbabit boleh terus ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.