Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

PBT perlu pastikan taman rekreasi dilengkapi ‘milestone’

OLEH LIZAWATI MADFA

AMPANG JAYA, 14 OGOS: Kesemua pihak berkuasa tempatan (PBT) diminta mengenal pasti taman rekreasi sesuai untuk dilengkapi ‘milestone’ kesihatan bagi manfaat masyarakat.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata taman berkenaan hanya perlu dilengkapi papan tanda dan tidak memerlukan pembinaan baru dengan kos besar.

“Seperti di Taman Tasik Shah Alam yang ada papan tanda menunjukkan berapa meter atau langkah di sekeliling tasik beserta kalori yang sudah dibakar.

“Contoh, ‘anda sudah berjalan 500 meter bersamaan 700 langkah’ dan papan tanda lain memberitahu ’40 kalori terbakar bersamaan segelas air sirap’.

“Dengan ini, masyarakat terdedah dengan info kesihatan dan ada inisiatif untuk membakar lebih kalori, seterusnya mewujudkan amalan dan gaya hidup sihat,” katanya.

WhatsApp Image 2016-08-14 at 12.26.52 PMBeliau berucap demikian ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Karnival Smart Selangor peringkat Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di Kompleks Muhibbah di sini, hari ini.

Hadir sama, Yang Di Pertua MPAJ, Abdul Hamid Hussain dan Timbalan Pengarah Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Mas Saadah Kamaruzzaman.

Bertemakan Family Integriti Walk, ratusan peserta mula berjalan sejauh 10,000 langkah seawal jam 7.30 pagi.

Selain itu, terdapat juga acara Kayuhan Jantungku, Taklimat TiBi, Taklimat AADK, Taklimat Integriti dan pameran kesihatan.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.