Categories
SELANGOR

Pelan induk pertanian dirangka, lonjak hasil negeri

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 9 OGOS : Kerajaan Negeri giat merangka pelan induk pertanian untuk tempoh 10 tahun ke arah inisiatif pembangunan pertanian jangka panjang.

Exco Insfrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, berkata pelan tersebut mencangkumi inisiatif meningkatkan hasil pengeluaran pertanian negeri.

“Secara dasarnya pelan induk ini menggariskan beberapa perkara yang perlu dilihat dan dikaji terutama sekali usaha meningkatkan hasil pertanian.

“Ini termasuklah hasil pertanian untuk makanan sayuran-sayuran, ternakan lembu, ayam pedaging dan akuakultur,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, Selangor menjadi penyumbang tertinggi KDNKK dalam negara, 5.2 peratus daripada pengeluaran tertinggi daripada hasil pengeluaran pertanian.

Perolehan tersebut sekali gus mendorong pentadbiran Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali meluluskan peruntukan sebanyak RM31.6 juta untuk program pembangunan pertanian.

CP2A8498-800x533Zaidy berkata, peruntukan tersebut menjurus kepada inisiatif galakan pertanian moden bersesuaian tema Belanjawan 2016, Smart Selangor.

Dalam perkembangan sama, Zaidy berkata Kerajaan Negeri juga telah melaksanakan Program Agro Generasi Muda (AGROGEMS) kepada golongan belia berumur antara 18 hingga 40 thahun.

Inisiatif tersebut diwujudkan katanya sebagai komitmen Kerajaan Negeri membantu golongan muda untuk terlibat secara langsung dalam bidang pertanian negeri.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.