Categories
SELANGOR

Pendaftaran percuma, kursus keusahawanan untuk wanita

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 10 OGOS : Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita Selangor menganjurkan kursus Facebook Marketing secara percuma untuk usahawan Wanita, pada 14 Ogos ini.

Bertempat di Dewan Canselor Universiti Selangor (Unisel), penganjurannya bertujuan memberikan kefahaman sebenar aspek pemasaran dan keusahawanan dalam kalangan wanita.

Program kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), MPP Zon 3 itu terbuka kepada semua wanita yang ingin terlibat secara langsung dalam bidang keusahawanan bermula jam 8 pagi hingga 5 petang.

Peserta akan diberi pendedahan dan maklumat daripada panel penceramah, Pengasas Butik Inspirasi Hana, Nabil Majdi dan Puan Hana.

Ahli Majlis Pengerusi MPP Zon 3 (MBSA), Noryzal Zainal Abidin dijangka turut hadir memeriahkan penganjuran program seminar julung kalinya ini.

Dalam pada itu, peserta juga dilatih menggunakan perisian komunikasi media sosial untuk memperlebarkan lagi jaringan perniagaan.

Sebarang maklumat atau pertanyaan boleh menghubungi terus Arizawari 019-3199897 dan Nina 0122462293.

Program seumpama ini merupakan insiatif berterusan menggalakan wanita untuk berdaya saing dan meningkatkan peluang pendapatan.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.