Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Pengurusan bola sepak Selangor dijangka alami perubahan

OLEH HAFIZAN TAIB

ALOR SETAR, 7 OGOS: Pengurusan dan pasukan Selangor dijangka mengalami perubahan dalam masa terdekat ekoran prestasi merudum dipamerkan dalam aksi liga dan Piala Malaysia, musim ini.

Kekalahan 1 – 0 kepada Kedah di Stadium Darul Aman, malam tadi, jelas menggambarkan situasi itu dengan rasa tidak puas hati diluahkan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

“Selepas meneliti prestasi jurulatih, pemain dan pengurusan FAS serta mendengar maklum balas semua, tindakan tegas akan diambil segera.

“Saya telah mengarahkan @Amir_Shari (Pengurus pasukan, Amirudin Shari) dan Hisham (Ghouth – Penolong pengurus) untuk mengambil tanggungjawab sepenuhnya dan membuat rombakan segera,” katanya dalam laporan media sosial.

Ketidakpuashatian Menteri Besar Selangor itu seiring dengan dakwaan dinyatakan sebahagian penyokong The Red Giants yang kecewa dengan kemerosotan pasukan kebelakangan ini.

RED-GIANTS-604x270Ketika ini, Hisham bertindak sebagai Pemangku pengurus selepas Amirudin menguruskan pasukan buat kali terakhir ketika Selangor berdepan T-Team (kekalahan 0 – 1) di Kuala Terengganu sebelum berangkat menunaikan ibadah haji.

The Red Giants menduduki tanggan ketiga liga dengan 26 mata ketinggalan jauh kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Felda United.

Prestasi pasukan ketika ini juga dikatakan tidak menyakinkan peminat bagi mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia dimenangi musim lalu.

Difahamkan, ada desakan supaya individu tertentu dalam FAS melepaskan jawatan kerana prestasi tidak menentu.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.