Categories
SELANGOR

Penjaja sedia bekerjasama asal lokasi strategik

OLEH LIZAWATI MADFA

PETALING JAYA, 23 OGOS: Golongan penjaja sedia bekerjasama mengikut saranan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk berniaga ditapak yang disediakan sekirannya lokasi berkenaan strategik dan mampu menarik pembeli.

Pemilik jenama Jambu 88 dan Jus Mangga 88, Harlina Hamid, 42, berkata beliau pernah diberikan tapak berniaga, namun tiada sambutan dan tidak pulang modal kerana jauh dari laluan utama.

“Jika boleh kami mahu tempat kami menjaja ini kerana ia strategik.

“Kami bersedia berkongsi modal jika mahu menjadikan lokasi ini lebih cantik, selesa dan selamat untuk semua ,” katanya kepada Selangor Kini.

Shamsudin AmirTurut bersetuju, peniaga buah-buahan, Shamsudin Amir, 59, berkata beliau juga bersedia membelanjakan sedikit wang asalkan dibenarkan berniaga bagi menambah pendapatan.

“Tiada masalah untuk bekerjasama malah saman dua kali juga saya sudah jelaskan.

“Jika diberikan tempat sesuai dan berbaloi, saya sedia membayar sewa kerana berniaga sumber pendapatan utama saya,” kata bapa kepada sembilan anak itu.

Sementara itu, ibu beranak dua, Rosnin Kamarudin, 30, berharap PBT sedia mempertimbang permohonan dan mengiktiraf penjaja kecil sepertinya untuk terus berniaga.

Rosnin Kamarudin“Sudah beberapa kali saya mohon tetapi tidak lulus dengan alasan tempat tidak sesuai dan berada sangat berhampiran jalan utama.

“Tetapi ini sumber pendapatan saya membantu suami. Jika diberikan peluang, saya sedia bekerjasama asalkan pendapatan tidak terjejas,” katanya yang lebih empat tahun berniaga juadah sarapan pagi.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.