Categories
NASIONAL

Petronas berusaha kekalkan kakitangan muda bawah 35 tahun

SHAH ALAM 24 OGOS: Syarikat minyak negara, Petronas berusaha mengekalkan kakitangan muda, berumur 35 tahun ke bawah ekoran jumlah ia membentuk 55 peratus daripada jumlah keseluruhan kakitangan.

Naib Presiden Pusat Kecemerlangan Petronas, Neil Horbachewski, berkata syarikat itu memastikan bilangan kakitangan seminimum mungkin susulan industri minyak dan gas merudum, dan syarikat minyak negara itu mahu meneruskan dengan pembangunan keupayaannya.

Katanya syarikat itu belajar daripada pengalaman lalu apabila bekas kakitangan berkemahiran berhenti untuk menyertai syarikat minyak dan gas lain di seluruh dunia.

“Petronas pernah melakukan tindakan ini 15 tahun lalu ketika ia melalui perubahan yang teruk.

“Ramai kakitangan meninggalkan syarikat kerana ia tidak kompetitif, jadi Petronas kehilangan banyak kakitangan dengan pengalaman tertentu,” katanya dipetik laman sesawang rigzone.com.

Katanya, keperluan mengekalkan bakat tertentu tidak terhenti hanya pada pengeluar minyak dan gas, tetapi sehingga ke syarikat perkhidmatan kerana cara itu dapat menjadikan industri itu lebih baik.

Dalam hal ini, pengeluar memerlukan beban asas modal tertentu untuk dibelanjakan yang membolehkan industri terus berinovasi.

“Kalau tidak, kita terpaksa berdepan dengan pengaruh di luar sana cuba mempengaruhi anak muda di universiti dengan mengatakan industri minyak dan gas tempat yang buruk.

Petronas“Kami juga tidak perlu menyokong pandangan itu untuk mereka yang sudah 10-15 tahun bekerja dalam industri dan beritahu mereka perlu cari tempat lain. Saya gembira kami terus mengekalkan kakitangan ini,” katanya.

Awal tahun ini Petronas memberhentikan 1,000 kakitangan susulan semakan strategik dilakukan syarikat itu respons kepada kelembapan industri ekoran harga minyak jatuh separuh daripada nilainya sejak pertengahan 2014.

Syarikat itu mempunyai kira-kira 51,000 kakitangan pada penghujung 2014.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.