Categories
SELANGOR

PKNS FC pamer semangat ‘Never Give Up Never Surrender’

SHAH ALAM 14 OGOS: Semangat ‘Never Give Up Never Surrender’ ditunjukkan skuad PKNS FC apabila bangkit di babak kedua untuk menundukkan pasukan Liga Super, Perak dengan keputusan 2-1 dalam Kumpulan C Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Dengan kemenangan penting itu serta JDT menewaskan PDRM dalam satu lagi perlawanan kumpulan, saingan ke suku akhir kembali terbuka buat semua pasukan.

Dengan berbaki 1 perlawanan peringkat kumpulan, PDRM, Perak dan PKNS FC berkongsi 7 mata manakala JDT dengan 6 mata.

“Pastinya saya lega dengan keputusan malam ini dan saya berpuashati dengan prestasi pemain,” kata Ketua Jurulatih PKNS FC, E Elavarasan dipetik laman sesawang PKNS FC.

Ketinggalan dengan 1 gol dan bangkit di babak kedua bukannya satu tugas mudah.

“Saya memuji komitmen semua pemain dan saya terpaksa membuat beberapa perubahan taktikal termasuk meletakkan Matias Hadwa di posisi pertahanan setelah kita mendahului,” kata Elavarasan.

Mengulas perlawanan akan datang menentang JDT di Stadium Shah Alam pada 20 Ogos nanti, Elavarasan tetap yakin mampu mengatasi lawan yang pernah ditentang pada perlawanan akhir Piala FA itu.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.