Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

PM ucap terima kasih kerjasama Kerajaan Negeri jayakan LRT 3

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 24 OGOS: Perbezaan idealogi politik tidak menghalang Kerajaan Negeri yang dikuasai Pakatan untuk menghulurkan kerjasama kepada Kerajaan Persekutuan bagi menjayakan Projek LRT3.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak berkata, hal ini berlaku apabila terdapat persefahaman untuk mendahulukan kepentingan rakyat berbanding kepentingan poltik.

“Saya ucap terima kasih kepada Kerajaan Selangor kerana memberikan kerjasama untuk menjayakan projek ini walaupun kita boleh berbeza dalam hal-hal lain tetapi untuk kepentingan rakyat kita boleh berkerjasama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pelancaran Projek LRT3 yang diadakan di Stadium Malawati di sini, petang tadi.

LRT3Turut hadir pada majlis itu, Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali; Exco Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Industri Kecil & Sederhana dan Pengangkutan Selangor, Dato’ Teng Chang Khim, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Sebelum itu, Pengerusi Prasarana Berhad, Tan Sri Ismail Adam sambil turut mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri memberitahu, projek ini bakal memberi impak ekonomi khususnya di kawasan jajaran LRT3 itu nanti.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.