Categories
SELANGOR

Program Kebun Komuniti, urus tanah pertanian terbiar

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 7 OGOS: Pengurusan tanah pertanian terbiar seluruh negeri dibangunkan menerusi program Kebun Komuniti secara efektif dan bersistematik.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, berkata tanah pertanian berpontesi dibangunkan demi manfaat jangka panjang kepada perolehan hasil dan penjanaan ekonomi negeri.

“Program ini diwujudkan bagi memastikan setiap inci tanah milik Kerajaan Negeri terbiar khususnya di kawasan bandar dapat dibangunkan.

“Tujuannya untuk mengeluarkan hasil tanama makanan secara berkelompok dengan menggunakan teknologi pertanian yang moden.

“Sebagai contoh tanaman berkonsepkan fertigasi memandangkan keluasan tanah di kawasan bandar amat terhad,” katanya.

Beliau mengulas inisiatif berterusan Kerajaan Negeri membangunkan prospek tanah pertanian dilihat berpontensi untuk menjana peluang ekonomi negeri.

ZAIDY ARGOSebelum ini, Kerajaan Negeri konsisten merancakkan pembangunan pertanian negeri menerusi pelbagai langkah produktif dan pelan jangka panjang.

Ini termasuklah pembentangan Belanjanwan 2016 oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali yang memberi tumpuan kepada industri pertanian seluruh negeri.

Sehingga kini, sebanyak 156 hektar tanah pertanian seluruh negeri mula dibangunkan untuk menanam beberapa jenis tanaman pertanian termasuklah di bawah Projek Pertanian Bersepadu.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.