Categories
SELANGOR

Program Ladang Smart Selangor, 30% tanah pertanian baru sasar golongan muda

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 28 OGOS : Petani muda yang ingin terlibat dalam aktiviti pertanian kini dibantu Kerajaan Negeri menerusi Program Ladang Smart Selangor.

Exco Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abd Talib berkata, tumpuan inisiatif tersebut memfokuskan usaha ke arah merancakkan lagi aktviti pertanian melibatkan golongan muda.

“Generasi muda yang belum memulakan projek pertanian tetapi berminat dan berpengalaman, program, kursus dan latihan giat dilaksanakan.

“Ini termasuklah program Ladang Smart Selangor, yang mana sekurang-kurangnya 30 peratus peruntukan kawasan baru pertanian dikhaskan kepada generasi muda terpilih,” katanya.

Beliau bercakap pada Majlis Penutup Kursus Teknologi Tanaman Fertigasi (ASAS) 26 Ogos lalu, dengan penyertaan seramai 26 peserta berkelayakan dari seluruh negeri.

Dalam perkembangan itu, Zaidy berkata program Pasar Agro Smart Selangor pula diperkenalkan sebagai inisiatif memasarkan hasil pertanian petani muda.

“Pemasaran hasil pertanian juga dibantu dengan penglibatan agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan seperti FAMA dan pembelian (hasil) kontrak,” katanya.

EZY