Categories
SELANGOR

Rangka strategi pembangunan pertanian, seimbang hasil pengeluaran negeri

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 15 OGOS : Kajian terhadap hala tuju sektor pertanian perlu dilaksanakan Kerajaan Negeri bagi mengukuhkan peranan pertanian secara efektif.

Perkara tersebut disarankan Dr Syaufique Fahmi Sidque, dari Institut Kajian Dasar Pertanian Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan merujuk pertumbuhan industri tersebut yang dilihat mampu memacu kepada pertumbuhan ekonomi negeri.

“Jumlah kepada penduduk di Selangor adalah tertinggi bagi tahun 2013 dengan kepadatan 5.8 juta bersamaan dengan 19 peratus keseluruhan rakyat Malaysia.

“Namun, kadar pertumbuhan sektor pertanian adalah tidak selari dengan kadar pertumbuhan populasi negeri.

“Justeru satu kajian perlu diadakan untuk merancang hala tuju sektor pertanian yang lebih efektif di Selangor,” katanya.

PERTANIANBeliau berkata demikian pada sesi pembentangan Perbincangan Meja Bulat Belanjawan 2017, di Shah Alam Convention Centre (SACC), di sini.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul turut hadir mendapatkan maklum balas terhadap sebarang kertas cadangan ke arah penambahbaikan program pertanian 2017.

Pada 2013, wujud ketidakseimbangan populasi penduduk dengan kepesatan industri pertanian yang rancak dibangunkan Kerajaan Negeri.

Atas kapasiti itu, Pelan Induk Pembangunan Pertanian (PIPP) 2016-2025 rancak dibangunkan ke arah penghasilan sumber pertanian negeri.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.