Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Rekaan kreatif – inovasi, prospek Rumah Selangorku diperbaharui – MB

OLEH ERMIZI MUHAMAD

PUCHONG, 27 OGOS : Prospek dan idealogi baru membabitkan rekaan projek perumahan Rumah Selangorku diperbaharui seiring kehendak pasaran dan citarasa pembeli.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata inisiatif tersebut dipergiat dengan mengambil kira kemajuan teknologi dan hiasan moden pembinaan masa kini.

“Kerajaan Negeri mengesyorkan kepada pemaju hartanah supaya lebih kreatif dan inovasi dalam perancangan dan pelan pembangunan.

“Rumah Mampu Milik Selangor perlu menumpukan gabungan ciri rekabentuk, kos efektif dan inovasi kewangan bagi mencatat kemampanan dalam menyediakan perumahan selesa dan berkualiti kepada rakyat.

“Kerajaan Negeri juga mahu projek ini mengambil kira soal kehidupan masyarakat bandar lengkap dan mesra komuniti untuk menjamin persektiaran harmoni dan sejahtera,” katanya.

IMG_1452Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Rumah Selangorku di Taman Putra Impiana, di sini hari ini.

Hadir sama, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Samad, Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Noordin Sulaiman, Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor, Norzaton Aini Kassim dan Pengurus Besar Acmar Group, Dato’ Abd Samad Maharudin.

Dalam perkembangan itu, perumahan Taman Putra Impiana dibina di atas tanah seluas 7.23 ekar menyaksikan pembinaan 328 unit rumah pangsapuri dengan keluasan antara 750 hingga 900 kaki persegi dan 52 unit jenis rumah bandar (town house).

Syarikat Pemaju, Amcar Group bertanggungjawab mengawal selia segala kos dan urusan berkaitan pembinaan projek perumahan Taman Impiana Puchong.

Terdahulu, inisiatif Rumah Mampu Milik, Rumah Selangorku yang diperkenalkan Kerajaan Selangor sebagai komitmen memastikan rakyat memiliki kediaman pertama sendiri.

EZY