Categories
NASIONAL

Ringgit catat 4.0070/0120 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 10 OGOS: Ringgit meneruskan arah aliran peningkatan semalam berbanding dolar AS didorong minat belian berterusan serta data ekonomi AS yang tidak begitu menggalakkan, kata seorang peniaga.

Pada jam 9.13 pagi, ringgit disebut harga pada 4.0070/0120 berbanding dolar AS berbanding 4.0280/0320, semalam.

“Peningkatan awal ringgit adalah lebih disebabkan pembetulan dolar AS berikutan pengumuman data AS yang tidak menggalakkan malam tadi.

“Data produktiviti (yang mengukur pengeluaran sejam bagi setiap pekerja) dilaporkan menurun pada 0.5 peratus kadar tahunan bagi tempoh April-Jun, melanjutkan penurunan paling lama sejak 1979,” kata peniaga dipetik BERNAMA.

Ringgit bagaimanapun, diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain di awal dagangan.

Ia lebih kukuh berbanding dolar Singapura pada 2.9865/9914 dari 2.9877/9911 semalam, dan meningkat berbanding euro kepada 4.4646/4718 dari 4.4658/4719.

Bagaimanapun, ringgit susut berbanding pound British kepada 5.2327/2421 dari 5.2267/2339 dan lemah berbanding yen kepada 3.9505/9574 dari 3.9355/9406.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.