Categories
NASIONAL

Ringgit rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 23 OGOS: Ringgit rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pembukaan perdagangan hari ini kerana sentimen bulis mengenai ekonomi AS merangsang pengukuhan dolar AS, kata peniaga.

Pada jam 9 pagi, unit mata wang tempatan itu berada pada paras 4.0280/0330 berbanding dolar AS daripada 4.0200/0260 yang dicatatkan semalam.

Peniaga berkata, komen daripada pembuat dasar Rizab Persekutuan AS melonjakkan harapan satu lagi kenaikan kadar faedah tahun ini, lapor BERNAMA.

Bagaimanapun, ia mungkin menunggu perangkaan domestik AS selanjutnya untuk merealisasikan kenaikan kadar faedah pada Disember ini.

Sementara itu, ringgit rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Ia jatuh berbanding pound kepada 5.2904/3002 daripada 5.2662/2749 semalam, dan mengukuh berbanding yen kepada 4.0212/0282 daripada 3.9921/9992, sementara menyusut berbanding dolar Singapura kepada 2.9830/9885 daripada 2.9747/9802.

Mata wang tempatan menyusut berbanding euro kepada 4.5617/5690 daripada 4.5402/5478 semalam.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.