Categories
SELANGOR

RM2.1 juta diperuntuk jayakan Smart Selangor Food Stamp

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 1 OGOS: Sejumlah RM2.1 juta diperuntukkan menerusi Program Smart Selangor Food Stamp untuk membantu 5,600 keluarga miskin bagi 2016.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita Dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata RM156,800 turut dibelanjakan sebagai kos pengurusan merangkumi kos logistik, penghantaran dan pekerja.

“Nilai barangan dibekalkan kepada penerima tidak ditolak kos pengurusan yang dikendalikan HIJRAH Selangor.

“Kita sedar rakyat berhak menerima nilai bantuan ditetapkan secara penuh tanpa kos tersembunyi bagi mengelakkan perkara luar jangkaan,” katanya di Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

BATU CAVES FOOD STAMPBeliau berkata demikian bagi menjawab soalan lisan Ahli Dewan Negeri (ADN) Hulu Kelang, Saari Sungib berhubung program berkenaan.

Daroyah berkata, setiap keluarga menerima bantuan berjumlah RM50 merangkumi enam barangan makanan asas.

“Penerima menerima seunit beras (lima peratus) seberat 10 kilogram (KG), minyak masak 2 KG, gula pasir 1 KG, tepung gandum 1 KG, bihun 400 gram dan dua unit susu pekat manis 500 gram,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.