Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

RM20 juta bangunkan prasarana Unisel – MB

OLEH HAFIZAN TAIB

BESTARI JAYA, 5 OGOS: RM20 juta diserahkan Kerajaan Negeri bagi pembangunan infrastruktur dan prasarana di Universiti Selangor (Unisel) untuk memenuhi keperluan sebagai pusat kecemerlangan ilmu.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata bersesuaian dengan kemajuan dinikmati Selangor ke arah industri bertekonologi tinggi, Unisel perlu memiliki kemudahan sebegitu bagi memenuhi permintaan industri.

“Untuk menyakinkan pelabur asing datang dan melabur ke Selangor, mereka ingin melihat sama ada kita sudah bersedia dengan modal insan yang mempunyai kemahiran dan kepakaran.

“Sudah tentu Unisel perlu menyahut cabaran ini tetapi untuk mencapai merealisasikannya, Unisel memerlukan infrastruktur dan prasarana yang dapat memenuhi keperluan berkenaan,” katanya kepada media selepas majlis penyerahan cek kepada Unisel di Masjid Unisel, di sini, hari ini.

Cek bagi bantuan geran itu diterima Naib Canselor Unisel, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman.

IMG_8481Turut hadir, Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains & Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad dan kenamaan lain.

Beliau berkata, selain Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Unisel sebagai sebuah institusi pengajian tinggi dimiliki Kerajaan Negeri memerlukan peruntukan secukupnya bagi pembangunan berkenaan.

“Kita mahu Unisel menjadi pusat kecemerlangan ilmu bukan sahaja di Selangor tetapi di rantau ini.

“Selangor sekarang ini sedang beralih kepada sebuah negeri maju dan bukan lagi industri tenaga kerja yang ramai (labour intensive industry),” katanya.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.