Categories
SELANGOR

RM5 juta jayakan Projek Tebatan Banjir Sungai Balak

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 1 OGOS: Sejumlah RM5 juta diperuntukkan bagi menjayakan projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Balak di Kajang.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, berkata tender projek daripada peruntukan caruman parit itu dijangka mula diiklan pada Ogos ini.

“Kita juga giat menaik taraf Sungai Jernih dengan kerja awalan cuci gali sungai sudah dijalankan pada Januari dan Februari lalu.

“Kejadian banjir baru-baru ini disebabkan paras air Sungai Langat yang tinggi serta Projek Pembinaan Depo – MRT Kajang masih dalam perlaksanaan.

“Struktur tapak pembinaan Depo Kajang tinggi dari paras Sungai Jernih,” katanya menjawab soalan lisan Ahli Dewan Negeri (ADN) Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini.

CP2A8498-800x533Terdahulu, Wan Azizah bertanyakan cadangan menaiktaraf sungai di sekitar Kajang seperti Sungai Langat, Sungai Merbau, Sungai Balak dan Sungai Jernih yang sering melimpah akibat hujan lebat.

Zaidy berkata, Sungai Langat juga dalam proses naik taraf di bawah projek Kerajaan Persekutuan dengan kos RM1.7 juta.

“Dua sebut harga kini dalam pelaksanaan manakala tiga lagi sebut harga dalam proses penyediaan,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.