Categories
SELANGOR

Roro haram disita, MBSA tegas kekal keceriaan

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 4 OGOS: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerusi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam menyita tong Roll On Roll Off (Roro) haram atas kesalahan membuang sampah tanpa kebenaran dan mengganggu laluan di kawasan berkenaan.

Ketua Komununikasi Korporat, Shahrin Ahmad, berkata tindakaan sitaan itu diambil sebagai langkah memastikan kebersihan dan keceriaaan bandaraya Shah Alam sentiasa di tahap terbaik.

Katanya, tindakan itu diambil di bawah undang-undang kecil pemungutan, pembuangan dan pelupusan sampah sarap (MBSA) 2007.

“Semua pihak diingatkan jika ingin membuat sebarang kerja ubahsuai harus menggunakan tong roro disediakan MBSA.

“Ia adalah bertujuan bagi mengawal pembuangan sampah haram,” katanya dalam kenyataan.

Roro MBSADifahamkan tong roro yang di sita telah menghalang laluan jalan di belakang kedai blok 3 Jalan 16/7 Seksyen 16, Shah Alam.

Sehubungan itu, katanya tindakan pemantauan dan penguatkuasaan diperkasa dari masa ke masa.

Sebarang pertanyaan dan urusan tuntutan kembali tong boleh menghubungi JPSPPA ditalian 03-55105133 ext: 1316/1643, di tingkat 4, Wisma MBSA.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.