Categories
NASIONAL

Sambutan ulangtahun ke 69, singkap pengorbanan Anwar

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 10 OGOS : Walaupun jasad terpenjara bersabit dakwaan politik terhadapnya, namun masyarakat tidak sewajarnya melupakan kudrat dan perjuangan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mencecah usia 69 tahun, pemimpin itu terus dikurung di sebalik tirai besi demi mematikan semangat juangnya membebaskan rakyat daripada regim pemerintahan Umno Barisan Nasional.

Namun segala tindakan jahat pentadbir tidak mematahkan semangat juangnya untuk terus berdiri memastikan Malaysia ditadbir urus kerajaan telus.

Atas kesungguhan itulah, masyarakat disaran menyokong sepenuhnya usaha beliau untuk turun bersolidariti di hadapan penjara Sungai Buloh, malam ini mengingati ulang tahun kelahiran ke 69 pejuang rakyat ini.

Bermula jam 8.30 malam, pelbagai pengisian sepanjang program antaranya sesi tayangan video penahanan Anwar dan fitnah zalim yang dikenakan terhadapnya.

13882639_1576087759363945_47918790941521900_nLebih istimewa, penyokong turut berpeluang menyampaikan ucapan sempena ulang tahun beliau, di samping persembahan lagu daripada kumpulan pemuzik jalanan.

Selain itu, pemimpin tertinggi parti politik juga dijangka hadir memeriahkan sambutan kelahiran mantan Timbalan Perdana Menteri itu.

Antara pimpinan tertinggi dijangka hadir termasuklah, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar, Tian Chua dan Rafizi Ramli.

Pimpinan lain termasuklah Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang; Datuk Saifuddin Abdullah, Nik Nazmi Nik Ahmad, Zuraida Kamaruddin dan Datuk Mahfuz Omar.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.