Categories
SELANGOR

Sekinchan tarik 10,000 pengunjung sebulan

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 14 OGOS: Sekinchan terus dipilih sebagai salah satu destinasi pelancongan popular di Selangor dengan kunjungan lebih 10,000 pengunjung sebulan.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Sekinchan, Ng Suee Lim, berkata jumlah itu boleh meningkat sehingga 20,000 pelancong pada ‘season pack’ termasuk musim cuti sekolah.

“Ini secara tidak langsung menjana ekonomi tempatan dengan rakyat menerima manfaatnya.

“Contohnya, golongan ibu tunggal dan surirumah yang dahulunya tiada pendapatan kini mampu memperolehi sehingga RM1,500 sebulan hasil jualan kuih dan kerepek,” katanya kepada SelangorKini.

Pada 12 Ogos lalu, Suee Lim menerima kunjungan Exco Pengangkutan Awam, Dato’ Teng Chang Khim bagi mengenal pasti laluan basikal di sekitar Sekinchan.

Ng Suee Lim 1Suee Lim berkata, laluan basikal yang dijangka mula dilancar tahun hadapan pastinya mampu menarik lebih ramai pelancong.

“Terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang berterusan memajukan Selangor termasuk Sekinchan walaupun terletak di luar bandar.

“Saya sambut baik usaha terbaru ini, bukan sahaja bagus untuk kemajuan ‘eco-tourism’, tetapi turut menggalakkan gaya hidup sihat,” katanya.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.