Categories
SELANGOR

Selangor tuan rumah Festival Orang Asal Antarabangsa

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 6 OGOS : Selangor menjadi tuan rumah penganjuran Festival Orang Asal Antarabangsa dengan penyertaan kaum pribumi seluruh dunia.

Program tersebut memfokuskan kepelbagaian jenis persembahan, pameran kebudayaan dan kesenian berkait kehidupan masyarakat Orang Asal.

Ia disertai masyarakat Orang Asal antaranya dari Indonesia, Bangladesh, Kemboja, Myanmar, Thailand, Vietnam dan penyertaan daripada kaum pribumi itu dari Malaysia.

Mengangkat tema ‘Back To The Roots’ (Kembali Ke Asal), penganjurannya seiring dengan sambutan Perayaan Kaum Asal peringkat antarabangsa.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong, berkata penganjuran program seumpama ini mampu meningkatkan peluang pelancongan secara efektif di Selangor.

botani art 11“Mengetengahkan budaya dan kesenian ini, ia bukan sahaja dapat menarik pelancong tetapi mampu meningkatkan taraf ekonomi kaum Asal.

“Pelaksanaannya mampu memberikan peluang terbaik kepada mereka untuk lebih berdaya saing,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Pengurus Tourism Selangor Noorul Ashikin Mohd Din, berkata penganjuran program ini mampu memberi pendedahan meluas tentang cara hidup komuniti Orang Asal serata dunia.

“Masyarakat masih belum mendapat pendedahan luas mengenai cara hidup komuniti ini. Justeru, kebajikan masyarakat kaum ini terus diberi tumpuan menyeluruh,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.