Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Selangor tumpuan kuasa besar ekonomi dunia

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 17 OGOS: Selangor semakin menjadi tumpuan kuasa besar ekonomi dunia apabila semakin banyak negara luar berminat menghantar wakil masing-masing bertemu Kerajaan Negeri sejak dua tahun kebelakangan ini.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata hal ini dapat dilihat apabila dalam tempoh kurang sebulan sahaja beliau menerima empat kunjungan hormat delegasi daripada negara luar termasuk Amerika Syarikat dan Britain.

“Perkembangan positif, saya bertemu dengan beberapa wakil negara besar seperti Duta Besar Amerika Syarikat, saya juga berbincang panjang dengan Pesuruhjaya Tinggi Britain dan hari ini New Zealand dan Singapura pula.

“Ini menunjukkan sekali lagi keyakinan mereka kepada pentadbiran Kerajaan Negeri yang bukan sahaja dapat menjamin prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam pentadbiran tetapi membuktikan Selangor mampu memacu satu pertumbuhan dan pembangunan ekonomi mampan,” katanya.

mb-invest 1Beliau berkata demikian kepada SelangorKini selepas menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi New Zealand dan delegasi Singapura yang diketuai Menteri Kanannya di Pejabat Menteri Besar, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini, hari ini.

Jelasnya keadaan ini membuktikan bakat pekerjaan yang ada di Selangor mampu mengembangkan lagi peluang perniagaan dan perdagangan antara Selangor dan negara luar.

“Keyakinan negara luar diletakkan di Selangor dan Kerajaan Negeri terus berperanan memastikan Selangor penyumbang utama ekonomi Malaysia pada masa akan datang,” katanya lagi.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.