Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

‘Selangorku: Sehati Sejiwa’ tema Hari Kemerdekaan Selangor 2016

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 22 OGOS: Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali membidas kenyataan seorang menteri yang meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) mengeluarkan arahan supaya premis perniagaan mengibarkan Jalur Gemilang atau berhadapan hukuman.

Tegasnya, patriotisme tidak boleh diselesaikan dengan hukuman sebaliknya mengambil semangat permasyhuran kemerdekaan yang disebutkan Bapa Kemerdekaan, Almarhum Tunku Abdul Rahman.

“Saya ingin mengingatkan patriotisme tidak boleh diselesaikan dengan hukuman dan tekanan.

IMG_20160822_095938_015“Patriotisme menuntut kebertanggungjawaban dan ketelusan serta tidak merompak harta negara juga negeri,” katanya.

Mengambil semangat keharmonian antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan, Selangor mengumumkan ‘Selangorku: Sehati Sejiwa’ sebagai tema Hari Kemerdekaan 2016.

Mohamed Azmin turut menyampaikan Jalur Gemilang kepada Ketua Jabatan dan Agensi Kerajaan Selangor pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri Selangor dan Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, hari ini.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.