Categories
NASIONAL

Sembilan NGO mahu polis beri kerjasama himpunan aman ‪#‎TangkapMO1

SHAH ALAM 17 OGOS: Sembilan badan bukan kerajaan (NGO) menyeru polis memberikan kerjasama supaya perhimpunan aman ‪#‎TangkapMO1 berjalan baik‬ pada 27 Ogos ini selaras hak diperuntukkan dibawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Dalam satu kenyataan media bersama mereka memberikan sokongan penuh kepada himpunan itu menyedari skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memberi kesan buruk kestabilan ekonomi dan politik.

“Kami dari kumpulan masyarakat sivil mengalu-alukan inisiatif dan keprihatinan terhadap masa depan negara yang ditunjukkan oleh mahasiswa dengan menganjurkan perhimpunan ‪#‎TangkapMO1‬,” katanya.

Kenyataan dikeluarkan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (US DOJ) baru-baru ini mendedahkan berkenaan kecurian berbilion ringgit dari dana 1MDB oleh pelbagai individu termasuk pegawai awam berpangkat tinggi.

Katanya, kebebasan untuk berhimpun secara aman adalah hak yang dijamin buat seluruh rakyat Malaysia dibawah Perlembagaan Persekutuan.

1MDB-1024x731Hak ini turut terpakai kepada semua rakyat Malaysia termasuklah anak muda dan mahasiswa.

“Kami juga mengutuk penahanan yang dibuat ke atas Ariffin Amin oleh Polis Bantuan UiTM yang berlaku semalam,” katanya.

Ariffin Amin adalah merupakan aktivis dari Front Mahasiswa Progresif (Student Progressive Front) dan ditahan kerana menganjurkan sesi penerangan berkaitan isu 1MDB dan pendedahan dibuat DOJ melibatkan individu tidak dikenali digelar Malaysian Official 1.

NGO berkenaan adalah SUARAM, Bersih 2.0, Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4), Pusat KOMAS, Lawyers for Liberty, Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (HAKAM), Association of Women Lawyers (AWL), Empower
dan IKRAM.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.