Categories
NASIONAL

‘Serumpun’ cetus aliran pendidikan Selangor – Indonesia

OLEH ERMIZI MUHAMAD

PEKANBARU, 18 OGOS: Universiti Selangor (Unisel) merancakkan lagi program pembangunan pendidikannya dengan mengadakan kerjasama serantau bersama Universitas Lancang Kuning, Indonesia.

Rektor ULK, Dr Hasnati S.H.M.H, berkata pihaknya menyambut baik usahasama itu dengan mengambil kira faktor pembudayaan serantau antara Malaysia dan Indonesia.

“Kerjasama ini meningkatkan lagi peluang pendidikan selain keakraban antara kedua institusi akan lebih terjalin.

“Kebetulannya juga kita serumpun dan peluang ini akan mengukuhkan budaya serantau kerana faktor itu menjadi antara misi terpenting penubuhan kami.

“Kerjasama ini mampu menjadikan kedua institut lebih unggul di peringkat nasional sebagai penerusi pusat ilmiah yang mempertahankan budayawan serumpun Melayu,” katanya.

IMG_0471Beliau berkata demikian menerusi temu bual esklusif SelangorKini di Riau, di sini, hari ini.

Pemeteraian serta penganjuran seminar membabitkan kerjasama kedua institusi itu bakal berlangsung pada 20 dan 21 Ogos ini.

Jalinan kerjasama terbabit dijangka bakal disaksikan perwakilan tertinggi Gabenor Riau dan wakil konsulat Indonesia.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.