Categories
SELANGOR

Shah Alam ke arah World Muslim Fashion City

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 14 OGOS: Festival berkonsepkan Islamik secara tidak langsung menjadikan Shah Alam sebagai fesyen muslim terbesar dengan penampilan 12 finalis pencarian Ikon Jameela Street di Festival Syoknya Nikah (FSN) 2016, hari ini.

Isteri kepada Menteri Besar, Datin Seri Shamshida Taharin, berkata fesyen muslim kian diminati masyarakat dan memberi peluang kepada pengusaha tempatan mengetengahkan rekaan fesyen juga bakat baru sebagai ikon model muslimah.

“Industi Halal sedunia dijangka meningkat ke 6.4 trilion Us Dollar pada 2018.

“Perbelanjaan muslim pada pakaian dan kasut akan turut meningkat pada 2019,” Katanya ketika merasmikan Festival Syoknya Nikah bertempat di SACC Mall, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Real Estate (PREC), Fakru Radzi Ab Ghani; Pengerusi Dewanita Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor, Raja Rozida Raja Aziz; Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Fazli Mustafa dan Pengarah Urusan MZ Pro Heli Group, Dato’ Maznah Nahu.

Shamshida berkata, Kerajaan Negeri mengorak langkah menjadikan Shah Alam sebagai ‘World Muslim Fashion City’ yang menampilkan pelbagai identiti dan kosmopolitanisme dunia Islam.

IMG_9484 a“Syabas kepada penganjur yang menjayakan festival ini dengan kerjasama dari pelbagai pihak dalam menjayakan aspirasi Kerajaan Negeri.

“Saya berharap aktiviti seperti ini akan terus dijalankan sebagai persediaan menjadikan Shah Alam kota fesyen dunia muslim suatu realiti,” katanya.

Sementara itu, Juara Ikon Jameela, Ain Nadia Azlan Syah, 19, berharap dapat mengetengahkan dunia fesyen muslimah kepada anak muda khususnya.

“Saya ingin menjadi contoh bahawa walaupun kita bertudung kita juga boleh berfesyen tetapi dengan mengikut syariat,” katanya kepada SelangorKini.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.